Wednesday, April 9, 2008

Tidur yang nyenyak

Kalau bukan sekarang satu hari nanti anda pasti mengadu kerana sukar tidur. bila rasa mengantuk dan baru nak melelapkan mata , tiba-tiba loceng berbunyi menandakan waktu bangun pagi untuk ketempat kerja. Bila anda memaksa diri bangun dari tidur , anda tahulah rupa dan keadaan diri sepanjang hari!Penulis buku the food & mood cookbook.Elizbeth somer berkata seharusnya seseorang itu lebih berjaga-jaga dengan corak pemakanan sebelum masuk tidur . Elak makanan berikut dan anda mesti mendapat tidur yang nyenyak serta segar semasa bangun keesokan hari.
1. makanan pedas - bawang putih, cili dan makanan pedas yang lain .Walaupun enak tetapi ia membuatkan diri terjaga sepanjang malam sehingga makanan itu selesai di bakar di dalam perut .
2. makan malam besar- sistem pencernaan yang berisi lebihan makanan akan mengambil masa yang lama untuk di bakar dan ini menyukarkan untuk tidur. biar makan petang dalam kuantiti besar daripada makan malam.
3. Sayuran bergas- Elakan memakan sayur yang menghasilkan gas pada waktu malam seperti kekacang, bunga kubis, brokoli dan kubis panjang.
4. makan cepat- rileks dan nikmati setiap suapan makanan. perbuatan ini mengurangkan kemungkinan perut dimasuki angin dan menganggu sewaktu tidur.
5. kopi lepas sarapan pagi - kafeina boleh berlegar-legar dalam badan selama 12 jam. begitu juga dengan teh , coklat , kola dan minuman kafeina lain.tidur yang cukup selama enam hingga lapan jam menjanjikan penglihatan yang cerah , kulit yang segar dan minda yang fokus. usaha anda juga nampak tiga tahun lebih muda daripada usia sebenar .